Sunday 15 July 2012

5. Menunaikan Haji

5. Menunaikan Haji 

Mengerjakan haji ("ziarah") merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. 
Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji ke Makkah sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :

(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)

Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

4. Puasa

4. Puasa


secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya

3. Menunaikan Zakat

3. Menunaikan Zakat
Sesungguhnya zakat fitrah itu ada mempunyai sepuluh keistimewaannya. Antaranya ialah :

1. Membersihkan diri daripada dosa-dosa
2. Menyelamatkan diri daripada neraka dan siksaannya.
3. Menjadikan puasa ramadhan itu diterima (makbul)
4. Melayakkan diri untuk mendapat nikmat syurga.
5. Keluar daripada kubur di dalam keadaan aman.
6. Segala kebajikan ditahun itu diterima.
7. Layak untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW di hari kiamat.
8. Dapat melalui ” Siratul Mustaqin ” seperti kilat.
9. Diberatkan timbangan kebajikan dihari pembalasan nanti.
10. Diselamatkan oleh Allah SWT namanya (pengeluar zakat fitrah) daripada senarai nama orang-orang yang mendapat kecelakaan.

Selain itu, perintah zakat fitrah itu mengandungi nilai-nilai hikmah kemanusiaan dan kemasyarakatan yang tinggi, antaranya ialah :

1. Mengagihkan nikmat kesenangan, kemakmuran dan kekayaan itu kepada mereka yang kurang bernasib baik.
2. Menanam perasaan bertanggungjawab, tolong-menolong dan bantu-membantu.
3. Mengeratkan silatulrahim di antara mereka yang berada dengan mereka yang kurang bernasib baik.
4. Mempamerkan konsep persaudaraan Islam yang sebenar.
5. Menghilangkan jurang pemisah antara golongan yang berada dengan golongan yang kurang berada.
6. Membuka jalan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan tidak berada untuk bersama-sama meraikan hari raya aidilfitri.
7. Membuktikan kesyukuran seseorang itu kepada Allah SWT dan lain-lain lagi.

Justeru itu, zakat fitrah adalah satu kefarduan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Ianya adalah salah satu daripada rukun Islam dan menjadi tanggungjawab tiap-tiap muslim menunaikannya dengan tidak mengharapkan apa-apa pembalasan dari yang menerima.

2. Solat Lima Waktu

2. Sembahyang : iaitu beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan beberapa syarat yang tertentu.

Perkataan-perkataan di dalam sembahyang itu dikatakan rukun qauli “قولي ”

Perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang itu dikatakan rukun fi’li ” فعلي ”

yang lain daripada perkataan dan perbuatan dikatakan rukun qolbi ” قلبي ”

Syarat-syarat yang tertentu bagi sembahyang :solat

1. Syarat wajib sembahyang
2. Syarat sah sembahyang

Syarat ialah barang yang bergantung dengannya sah sesuatu padahal bukanlah ia sebahagian daripada sesuatu itu.

Syarat-syarat wajib sembahyang :

Pertama : Islam

Kedua : Baligh

Ketiga : Berakal

Keempat : Suci daripada haid dan nifas

Kelima : Masuk waktu sembahyang

* Tidak wajib sembahyang ke atas orang kafir yang asli dan tidak sah sembahyangnya
* Tidak wajib sembahyang ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi sah sembahyangnya
* Tidak wajib sembahyang ke atas orang
* Disuruh kanak-kanak itu mengerjakan sembahyang manakala genap umurnya tujuh tahun
* Kanak-kanak yang masuk umurnya sepuluh tahun hendaklah dipukul kerana meninggalkan sembahyang

Syarat-syarat sah sembahyang :

Pertama : Islam

Kedua : Berakal

Ketiga : Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Keempat : Suci daripada najis pada badan dan pakaian dan tempat

Kelima : Yakin atau zan(sangkaan yang berat kepada kebenaran) masuk waktu

Keenam : mengadap kiblat dengan dada

Ketujuh : Menutup aurat bagi yang berkuasa

Kelapan : Mengetahui akan kaifiyat (kelakuan atau cara-cara) sembahyang

Kesembilan : Ketiadaan melakukan perkara yang membatalkan sembahyang

* Orang yang tidak mendapat air untuk wuduk dan tidak mendapat tanah untuk tayamum sah sembahyangnya tetapi wajib diulang semula
* Tidak sah sembahyang seorang yang berhubung badannya atau pakaiannnya dengan najis
* Syarat menutup aurat ialah menegahkan daripada kelihatan warna kulit jika ranah sekalipun
* Harus berpaling daripada kiblat pada sembahyang ketika bersangatan takut seperti di dalam peperangan dan pada sembahyang sunat di dalam musafir yang harus di atas kenderaan
* Wajib menutup aurat jika sembahyang di tempat yang tiada manusia atau di dalam gelap sekalipun.

1. Kalimah Syahadah

1. Kalimah Syahadah

Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah iaitu :

أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله

ertinya :

Aku mengaku(bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan aku mengaku(bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Hendaklah disertakan dengan mengucap dua kalimah syahadah itu membenarkan dengan hati bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya Rasul (pesuruh) yang diutuskan oleh Allah kepada sekelian alam ini.

Kandungan Kalimah Syahadah :

Di dalam dua kalimah syahadah itu terkandunglah kepercayaan kepada ketuhanan yang sebenar dan kepercayaan kepada Rasul.

Seseorang yang berlafaz dengan dua kalimah syahadah itu adalah memberi pengakuan akan adanya tuhan yang sebenar iaitu Allah dan memberi pengakuan bahawa sebenarnya Tuhan telah mengutuskan Rasulnya kepada sekelian alam ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Syarat- syarat Sah Syahadah :

Apabila seorang kafir mengucap ia akan dua kalimah syahadah itu serta dengan kepercayaan di dalam hatinya maka jadilah ia seorang Islam dan terpeliharalah dirinya, hartanya, dan nyawanya seperti mana terpeliharanya diri harta dan nyawa seorang Islam.

Maka syarat sah syahadah itu enam perkara :

Pertama : hendaklah tertib lafaz-lafaz syahadah itu seperti yang dinyatakan itu.
Kedua : hendaklah melafazkan kedua-dua kalimah syahadah itu dengan berturut-turut.
Ketiga : hendaklah faham akan makna kedua-duanya.
Keempat : hendaklah mendustakan sekilan perkara yang menyalahi bagi maksudnya syahadah itu.
Kelima : hendaklah menggunakan perkataan “أشهد” pada keduanya.
Keenam : jangan syak pada keduanya

Rukun Islam

Rukun Islam itu lima perkara :

Pertama : mengucap dua kalimah syahadah
Kedua : sembahyang sehari semalam lima waktu
Ketiga : memberi zakat (dan fitrah)
Keempat : puasa Ramadhan
Kelima : mengerjakan haji (dan umrah) ke Baitillah Al-Haram