Sunday 15 July 2012

2. Solat Lima Waktu

2. Sembahyang : iaitu beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan beberapa syarat yang tertentu.

Perkataan-perkataan di dalam sembahyang itu dikatakan rukun qauli “قولي ”

Perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang itu dikatakan rukun fi’li ” فعلي ”

yang lain daripada perkataan dan perbuatan dikatakan rukun qolbi ” قلبي ”

Syarat-syarat yang tertentu bagi sembahyang :solat

1. Syarat wajib sembahyang
2. Syarat sah sembahyang

Syarat ialah barang yang bergantung dengannya sah sesuatu padahal bukanlah ia sebahagian daripada sesuatu itu.

Syarat-syarat wajib sembahyang :

Pertama : Islam

Kedua : Baligh

Ketiga : Berakal

Keempat : Suci daripada haid dan nifas

Kelima : Masuk waktu sembahyang

* Tidak wajib sembahyang ke atas orang kafir yang asli dan tidak sah sembahyangnya
* Tidak wajib sembahyang ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi sah sembahyangnya
* Tidak wajib sembahyang ke atas orang
* Disuruh kanak-kanak itu mengerjakan sembahyang manakala genap umurnya tujuh tahun
* Kanak-kanak yang masuk umurnya sepuluh tahun hendaklah dipukul kerana meninggalkan sembahyang

Syarat-syarat sah sembahyang :

Pertama : Islam

Kedua : Berakal

Ketiga : Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Keempat : Suci daripada najis pada badan dan pakaian dan tempat

Kelima : Yakin atau zan(sangkaan yang berat kepada kebenaran) masuk waktu

Keenam : mengadap kiblat dengan dada

Ketujuh : Menutup aurat bagi yang berkuasa

Kelapan : Mengetahui akan kaifiyat (kelakuan atau cara-cara) sembahyang

Kesembilan : Ketiadaan melakukan perkara yang membatalkan sembahyang

* Orang yang tidak mendapat air untuk wuduk dan tidak mendapat tanah untuk tayamum sah sembahyangnya tetapi wajib diulang semula
* Tidak sah sembahyang seorang yang berhubung badannya atau pakaiannnya dengan najis
* Syarat menutup aurat ialah menegahkan daripada kelihatan warna kulit jika ranah sekalipun
* Harus berpaling daripada kiblat pada sembahyang ketika bersangatan takut seperti di dalam peperangan dan pada sembahyang sunat di dalam musafir yang harus di atas kenderaan
* Wajib menutup aurat jika sembahyang di tempat yang tiada manusia atau di dalam gelap sekalipun.

No comments:

Post a Comment